Isnin, 16 Julai 2018

Pengenalan (perkahwinan sejenis).



Image result for gambar keratan akhbar lgbtImage result for gambar keratan akhbar lgbt
     Kami dari bidang diploma pendidikan awal kanak-kanak sem 3 ingin mengongsikan isu berkenalaan "perkahwinan sejenis". Hubungan ini semakin berleluasa di Malaysia dan hubungan ini tidak di pandang serius dalam kalangan masyarakat kerana bagi mereka ini perkara biasa dan sering didengari.

Perkahwinan menurut islam

     Perkahwinan menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.  Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul ('aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam. Perkataan "zawaj" digunakan di dalam al-quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Allah berfirman :-


A008

Dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan.
[An-Naba'/78:8].


A038

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami berikan kepada mereka istri-istri dan keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".
[Ar-Ra'd/13:38].


A021
Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kau cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. 
[Ar-Rum/30:21].


Nantikan penerangan berkenaan "perkahwinan sejenis" dari kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penerangan LGBT

Definisi LGBT         Maksud LGBT yang kami fahami ialah dimana lesbian adalah kaum perempuan yang tertarik dengan kaumnya sendiri dan ...